WelCoMe/SeLaMaT DaTaNg

Friday, February 19, 2010

MEMILIH

Rakyat tempatan tidak sepatutnya menyalahkan pengusaha restoran mamak jika mereka terpaksa menggaji ramai warga asing untuk bekerja di situ.
Ini kerana daripada 25,000 tawaran kerja kosong yang diiklankan oleh rangkaian restoran mamak yang menjadi ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), hanya kira-kira 60 rakyat tempahan mengemukakan permohonan.
Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, jumlah permohonan yang amat rendah itu diperoleh selepas tiga minggu kekosongan itu diiklankan dalam media massa.
"Kita telah adakan pameran bergerak di seluruh negara dan kami juga telah membuat kempen iklan dalam media.
"Namun sambutannya mengecewakan kerana hanya 60 permohonan diterima, itupun hanya melalui panggilan telefon,'' katanya sewaktu ditemui pemberita pada majlis dialog Presma bersama ahli-ahlinya di sini semalam.

Thursday, February 18, 2010

Malaysia sedia jalin kerjasama pertahanan



AHMAD Zahid Hamidi berjabat tangan dengan Purnomo Yusgiantoro semasa kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Azizan Ariffin (kiri) dan Djoko Santoso.


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Malaysia bersedia menjalinkan kerjasama secara formal dengan semua negara ASEAN dalam bidang ketenteraan khususnya dari segi latihan dan industri pertahanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sesi perbincangan mengenainya akan diadakan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan di Vietnam, Mei ini.
"Secara peribadi saya optimis semua negara ASEAN bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan ia bakal memberi manfaat kepada negara anggota, lebih-lebih lagi dalam aspek menjaga keselamatan serantau.
"Buat masa ini hanya dua negara ASEAN yang menjalinkan kerjasama secara formal dengan Malaysia iaitu Indonesia dan Thailand dan hasilnya amat positif sekali,'' katanya lagi.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prof. Dr. Ir. Purnomo Yusgiantoro dan Panglima Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Djoko Santoso di pejabatnya di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Azizan Ariffin.
Menyentuh kerjasama dengan Indonesia, Ahmad Zahid berkata, jalinan tersebut perlu diperkukuhkan khususnya dalam bidang industri pertahanan.
"Selama ini Malaysia sering menyokong produk keluaran industri pertahanan dari Indonesia dan saya berharap selepas ini kedua-dua negara lebih menyokong antara satu sama lain.
"Dalam konteks ini mungkin Indonesia juga boleh membeli produk pertahanan dari Malaysia antaranya dalam bidang persenjataan, kapal dan kenderaan tentera yang lain,'' tambahnya.
Ditanya mengenai status terkini kes kehilangan dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia, Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan diketahui selepas kepulangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dari Uruguay.
Beliau berkata, buat masa ini Abdul Gani masih lagi berada di negara tersebut bagi menguruskan pengambilan enjin-enjin jet berkenaan.
Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.